Archive for the ‘Aina’ Category

Takder tajuk…caca merba

December 9, 2008

Huh…masuk kerja hari nie..menimbun pulak kerja yagng menanti…so sekarang baru free untuk aku mengular melawat blog2 and update blog aku.

So macam mana Aidiladha korang semua….aku balik ke kampung aku hari Sabtu hari tu…..tak ke mana pun..just duk lepak kat rumah sambil makan..makan dan makan…tidor..tidor dan tidor shj.

Balik Kl petang semalam..huhu semangat..jammed teruk…w/pun bergerak…selalunya just 2 jam setengah dah smpi..semalam ambik masa 5 jam lebih baru sampai rumah.

Lotih mak….dalam kereta melayan Aina yang separuh jalan jer tidur..selebihnya terpaksa lah melayan kerenah dia yg tak reti diam and banyak songeh tu…huhuhu.Punca2 jammed tak dapek dikenal pasti..yg pasti dekat Jalan Bukit Putus kat Ulu Bendul tu jer…dah dokat 1 jam……bertolak pukul 3 petang sampai dalam 8 lebih….

Tu lah padahnya……Mr Hubby pot pet pot pet lah apa lagi…….mentang2 balik kg aku..kalau balik Penang sonyap lah tu….macam lah kalo dari Utara tu tak jammed…nasib lah asalkan selamat sampai.

Ha!!!! konon2nya nak start potty train ngan Aina….tp hampeh…..dia boleh takut kat potty tu…gambar di atas hanya nyalah paksaan daripada babah dia….kononnya nak poo poo..tp tak terkeluar pun….kena usaha lagi nie…

Tanda-tanda Anak Sudah Sedia Untuk Latihan ke Tandas (Potty-Train)

Skil Bahasa

1. Mampu mengikut arahan (cth: “Tanggal seluar, pergi ke tandas.”). checked

2. Bercakap dua patah perkataan (cth:”babai yak”, “jom yak”). kekadang jer..tak complee lagi

Skil Kognitif

3. Meniru perbuatan orang dewasa (cth: menyapu lantai) checked–lipat baju,vakum lantai

4. Memahami sebab dan akibat (cth: kalau kencing, seluar basah)– checked..kalau hujan tutup kepala/pakai payung

Skil Emosi

5. Suka mendapat pujian dengan mengikut arahan anda-checked –

6. Menunjukkan bantahan, tidak patuh kepada arahan anda–checked

7. Cuba untuk berdikari dalam aktiviti seharian (cth : berkeras untuk makan sendiri, cuba menanggalkan seluar sendiri) –checked

8. Bangga dengan kepunyaan sendiri (“adik punya” dan “yak adik”)—checked

Skil Motor

9. Boleh berjalan dengan baik– checked

10. Boleh menanggalkan seluar sendiri—checked

11. Boleh berdiri tegak 5 minit tanpa bantuan—checked

12. Boleh menahan kencing dan berak (lampin akan kering lebih 2 jam tetapi bila basah, basah dengan banyak sekali)–XXXXX

13. Buang air besar pada masa yang sama hampir setiap hariPenjagaan Badan—-checked

14. Tidak selesa dengan lampin yang basah atau bernajis—checked

15. Tidak mahu memakai lampin dan suka menanggalkannya—checked

16. Meminta untuk menggunakan kerusi ‘potty’—XXXXXX

17. Menunjukkan ekspresi muka, badan, perbuatan atau percakapan jika mahu buang air. (cth: akan pergi ke satu sudut tertentu di rumah)—-checked

Sepagi di Play Land

November 1, 2008
Malas nak menaip panjang2 just silalah cuci mata ….. tgk kan anak den ni……
Tempat : PlayLand ,Giant Kinrara
Masa : 10.30 pg -11.30 pagi
Hari : Sabtu
Peserta : Baba, Mama & Aina
Aktiviti : Bersukaria besama2

#Tempat fav. yg paling dekat ngan rumah…..selalunya setiap pagi Sabtu…lepak kat sini….sambil2 shopping groceries…

#huh..tak sempat sampai rumah dah kena rasmi…….hadiah sempena besday Aina yg ke2 bulan Dec nie..sajer beli awal…sebab dia excited sgt dgn basikal..lagi2 kalo cousin dia punya siap berebut…

# Ok …baba! Nak challange Aina ker?

# nak naik nie lah mama! tp hampeh bila masukkan kan coin jer terus tak berani nak masuk

#benda wajib yg dipegang ketika mama dia sibuk beli barang…BOLA! kalo tak tak hingin dia nak duduk dalam trolley tu…tp lepas tu aku letak balik..tak kuasa nak membeli nya

#suka sgt dia dgn benda nie…..

Fussy ke anak aku nie?

October 22, 2008

Nie lah antara benda2 yg direject oleh Aina…memang anti betul dia dgn benda2 nie semua ….. kalo paksa..akan meraung lah anak dara nie sekuat2 nya.

1) black socks: sengaja aku belikan…yerlah selama nie duk beli warna pink jer.. tu pun Mr Hubby yg suruh ambik colour nie….sekali bila pakaikan…terus tendang2 tak nak pakai…menangis tak ingat ..”‘nanak…nanak..”..bila pakaikan pink socks nak pulak..terus sengih…ishhhhh.

### dah pandai anak aku nak melawa yer…..pandai dah pilih colour(ayat sedap kan hati)

2) hair pin : dia nie kan kureng rambut….dari lahir sampai sekarang lebih kurang je pjg nya…so tak dapatlah nak ikat2 ala222 baby doll.Sekurang2 kalo ada hair pin boleh lah melawa sikit…aku letak…dia tarik..aku letak…dia tarik…at last mama dia geram..terus….cabut..malas nak layan…

### jimat and memudahkan kerja mama….just sikat sudah kan Aina

3) pulls up diaper: ingat kan kalo beli senang lah nak pakaikan dia diaper….kang dia suka lari2 bila time nak pakaikan diaper.Bila nak sarung jer..dia reject…terus melalak….terus lari masuk bilik…ambil diapers lama dia….nasib baik beli sikit jer dulu….nak try.Tp since aku try pull up diapers nie dia reject..skg senang pulak pakaikan diapers biasa tu terus baring baik punya…takut aku pakaikan pull ups tu kot.

### baguih jimat….pull ups nie kan mahal sikit…janji dia selesa..tak dipaksa2..kalo tak nak pakai

4) spendot: nie gara2 pull ups diapers..terus dia reject tak nak pakai spendot …huhuhu…so kalo nak pakaikan skirt kena lah aku sorok kan spendot tu dalam skirt sarung sekali tak kasi dia nampak.

Yang tiada dalam gambar.
1) selimut: memang anti selimut minah nie, kalo dia terjaga ada selimut atas badan dia siaplah..

Aina and her cousin

October 15, 2008

Lately nie, depa nie memang close…beza umur just setahun jer.Aina lahir Dec 06 and Nabihah Nov 05. Sebelum nie..pantang jumpa berebut toys jer…tp skg masing2 dah boleh tolak ansur share toys.Picture nie di snap last weekend,my sis buat makan2 sikit.

Ngantuk !!!!

October 14, 2008

Ngantuknya!!! gara-gara Aina
Aku EL semalam, anak dara tu fever,coughing every half hour and letih melayan kerenah manja dia esp. time sakit. Pagi sempat bawa dia jumpa GP jer..Mr Hubby ambil half day..n aku EL.Ingat kan dapat Qada tidur malam sebelumnya….tp hampa …. Aina tak bagi chance langsung untuk mama dia tidur dgn aman….mula2 ok jer dia main depan TV tu…aku siap bentang toto…konon2 terlelap sekejap…bila dia perasan aku terlena..habis diciumnya nya muka aku 2..3 das ciuman…..
Dia susah bangat nak tidur..sebab tak selesa kot…batuk…kejap2 tertonggeng lah…meniarap lah…naik atas badan aku lah….macam2 gaya dia mencari keselesaan untuk tidur.
Malam tadi…i’m so heart to see her coughing.She can’t sleep well last night..n of course aku pun tak dapat tidur dengan aman….
yg kelakarnya every time she wake up n coughing ..dia akan panjat n meniarap atas badan aku…lepas tu suruh peluk dia…ala..kesiannya. …

Hari nie…bangun pagi dengan harapan…demam n batuk dia tak lah teruk sgt….demam dah ok sikit…cuma batuk jer….semangat jer bangun pagi…siap puji mama dia hari nie…”cantik aaaa” tu lah ayat bodek dia setiap kali kita org siap2 nak keluar….ayat bodek nak ikut.
Sempat call BS dia tadi….and she told that Aina..fine…so mama dia tak usah lah risau2

Telatah Aina

September 24, 2008
#nie kerja dia yg bikin mama dia nie panazzzz…dia punggah nyer buku2 aku ..pastu cabut stick note tu satu per satu………….eeeeeee

Since Aina dah pandai bg respon setiap kali we allz berbual dengan dia….jadi syok pulak duk sakat dia….

Antara telatah Aina

Sebelum tu aku tepuk dia sikit..tak kuat pun…ala222 tepuk sayang….pastu start lah dia buat muka muncung….ngan mata jeling22
Aku pun pujuklah konon2 nya..

Mama: Ala..kesian nya.Sapa puk Aina??(smbil usap2)
Aina:Baba………(siap tunjuk baba dia lagi)

Tension baba dia tak pasal2 dia juga yg kena

Kalo nak poo poo.

Mama: Aina poo yer?
Aina: (sengih)..yak..yak…..(terus lari kat baba dia)-maksudnya baba dia lah yg kena cuci.

Kalo nak tukar baju dia esp. kotor lepas makan

Mama:Jom…change clothes….baju cantik…..lepas tu kita keluar(means jalanlah)
Aina:(sengih) uar..uar..uar (sambil angguk2)
—-senang sikit pakai baju kalo tak berlari satu rumah nak tukarkan baju dia.

Dia cukup susah sangat nak panggil Mama….asyik2 baba..baba…kalo emergency jer keluarlah perkataan mama tu esp. nak nenen / nak kan sesuatu.Sampai kat taska pun dia pangil kakak2 kat situ baba…padahal dia dah tahu dah sebut kakak,adik etc bagai.Pelik sungguh.Sikit2 baba..
Lagi2 kalo dia tak nampak batang hidung baba dia dalam rumah start lah tawaf satu rumah cari baba..

Aina: Baba….baba…baba..(pastu merengek—sebab baba dia keluar tak bawak dia)

Lagi satu feel dia sekarang…sedang dia elok2 main blocks contohnya, dia suka baling2 barang satu2 dia campak…agaknya puas hati lah bila campak barang tu…tiap kali aku kutip balik…dia ambil and campak lagi….aku start lah bising….dia tgk mama dia bising2 terus lari kat baba..mintak tolong..pastu buat muka sayu jerrrr…………

Mana Mood?

September 16, 2008

Mana lah mood untuk aku merapu dalam blog nie….macam tak der kudrat jer…untuk bercerita…
Takder perkara yg happening berlaku dalam kehidupan aku …. sepanjang minggu nie,

just Aina baru baik demam…demam satu malam jer..boleh? esoknya terus aku bawa pi klinik, resultnya… demam + batuk + selsema = hilang terus…power gak ubat tu yer…

Bercerita tentang anak dara nie….dah 21-month old….cepat betul masa berlalu……….
Alhamdulilah…dalam aku duk risau abt her vocab…dari sehari ke sehari bertambah improve…..
Sekarang nie apa yg we allz cakap dia akan follow..w/pun macam tak kena jer bunyi nya…..dia akan ikut smpi berkali2….

Cuma skg nie…dia memang manja dengan aku…..kalo boleh nak berkepit jer…….time berbuka memang dia duk sopan kat kerusi tu smbil tgk we allz makan…cuma dia buat aktiviti lain…habis semua lauk nak dimasukkan dalam pinggan dia…bukan makan pun..just belek2 jer satu per satu..apa yg dibelek nya pun tak tahu….

this saturday, besday Mr hubby, tengah poning nie nak bagi apa this year…bagi ……samping boleh???? boleh pakai raya terus…hihihi…..plan nak belanja makan…tp ke mana yer…malas lah nak pi makan buffet, rasa macam membazir jer…perut nie bukan boleh sumbat byk2……dalam kepala nie banyak idea – just ingat nak ambik set jer / a la carte
1) steambot 2) Thai-food 3) Nasi beriani 4) western food
#minta tolong kawan2 suggest restoran yg best dan berpatutan esp sekitar Puchong,Sunway / Putrajaya….

Anak Siapa la nie

September 6, 2008

La……………..anak mama rupanya….
.
.
.
.
.
Aina nie memang pantang jumpa oren…makan tak ingat punya…penuh persaan.

Hapdate Aina’s blog

August 6, 2008

Let’s clik AINA

Berderau darah aku…

July 26, 2008
Ntah apa lah mamat ni usha lagi
sape nak tolong angkat nie…?

Hari nie kita org decide nak pi Ikea…survey dining table n lampu….so decide pi pagi lah..kalo petang sure ramai org punya …kan Ikea dah start sales.
Sampai jer…hubby terus pi masuk Ikea…aku ingat nak melencong ke Ikano dulu….singgah branded outlet tp hampeh laju jer mamat nie jalan masuk Ikea..sebab dia nie kalo nak beli dia just cari barang dia nak beli jer….barang2 lain tak masuk dlm kamus fikiran dia.
Survey..punya survey…just ambik dining table 4 seater je…tak der sales pun…just lower price macam dlm website punya price.Lepas tu survey lampu…..hubby berkenan pulak….lantak pi lah dia punya duit…suka hati dialah.Aku ngan Aina biasalah berkepit jer..

HUHUHu dalam berkepit2 tu…something happen yg membuatkan darah aku berderau tadi….tak smpi seminit…..aku duk tolong hubby angkat box dining table tu..Aina lesap daripada pandangan kita org….wuit mana budak nie….pusing sini tak da pusing sana tak da…..hubby dah gabra….rupa2nya dia ada kat sini juga..cuma terselit kat celah2 box tu……
Sempat tanya dia..”Aina duk mana tadi?” …pantas jer tgn dia tunjuk celah pokok bunga tu…huhuhu buat mama n baba risau jer….aku dah nangis masa tu….padahal dia ada kat situ juga cuma dia ni suka sgt merayau…tak boleh pegang langsung.Sebenarnya aku tak nak bawa dia…ingat nak tinggal nursery jer..tp hubby nie kesian pulak tgk dia…tu lah bawak…

Aku tak dapat bayang kan kalo Aina……missing tadi…tak sampai seminit hilang daripada pandangan pun aku dah tak tentu arah……huhuuhuh..seriau betul….start saat tu aku terus tak lepas kan dia..sanggup aku dukung dia daripada biarkan dia duk berlari sana sini.Stroller memang dia anti betul..ishhhhhh.