Ceritera Raya

cilok dari Friendster Huda…sorry erk(nie baru suku dari keseluruhan family yg semoat bergambar..ramai lagi sebenarnya)cuba cari kami bertiga

#Berangan jadi anak dara jap

dari kiri ( huda (cousin),jannah(cousin),aku,umie(adik bongsu aku))

I’m Back!!!! Huahahaha malazzzz tahap gaban nak keje……skg nie baru boleh update blog……dari pagi .. menimbun kojoooooo….
Lepas sessi merayap blog selesai yg mana majoroti nya semua cerita psal raya..mood raya tgh membuak2 kan……so….. turn aku pulak nak cerita sikit.

27 hb Sept
Aku balik ke Gemas,selepas subuh terus bertolak……aku n MrHubby..kalo nak berjalan jauh memang suka balik pagi2…nyaman dan aman sentosa jer.Jalan clear dalam 2 jam setengah dah sampai.Sampai jer .. macam biasa kalo kat rumah aku relax jer memanjang……smpi Mr Hubby kalo balik kampung aku tak tahu nak buat apa selain tidur…..mak aku kan rajin mengemas….

Duk lah bertapa kat rumah….tolongmasak..pasang langsir..Aina ligat jer ngan Tok Abah dia…..

Balik Segamat 30hb sehari sebelum raya, sempat lah pi jalan shopping last minute kat Segamat…..malam raya ronda kat Bandar Segamat tu ngan adik aku yg 2 kerat tu jer…..akak aku balik rumah pak mentua kat Besut..tak syok lah dia tak der…..

Boring meronda2 kita org melantak KFC pulak padahal…….masa berbuka dah melantak macam222.

Raya Pertama.
Macam biasa kalo aku turn aku, 1st raya mesti kat rumah atok aku kat Segamat…memang wajib…setakat nie tak pernah lagi kita org sambut 1st raya kat rumah mak aku kat Gemas….tapi tak lah happening macam kecik2 dulu..time tu memang seronok cousin semua ada..tp kali nie berapa kerat jerlah…tp tetap best…..sebab ada hidangan wajib atuk aku ” babat(in malay perut lembut) masak kicap(mix tempe,soun,dll) babat tu bhasa jawa…sodappppp. Biasa lah pagi raya…ziarah saudara mara lah…smpi tak larat dibuatnya.

Raya ke2.
Beraya lagi ke rumah sanak saudara kat Segamat nie……penat dah letih tak terkata.Balik ke Gemas dah petang…smpi jer terus membuta sebab kepenatan.

Raya ke3
Balik Penang , macam biasa kitaorg bertolak selepas subuh……jalan jauh nie……..sempat singgah Tesco Ipoh beli pampers Aina yg kehabisan stok.Smpi Penang dalam pukul 2 petang……mana taknya dok kat Tesco Ipoh tu jer dah dekat 1 jam lebih..beli sandle lah…..makan lah…..(huaaaaa jeans baru aku + 2 helai baju aku yg baru jer beli = tertinggal kat Segamat lahhhhhhhhhhhh…Mr Hubby oiiii……saper nak ganti nie?????

Raya ke4
Ibu mertua ku masakkan nasi beriani special untuk kita org…sedapppppp.Disebabkan terlalu byk makan …terus badan terasa panas semacam jer……nie mesti terlebih rempah kari nie….
aina tok sah lah nak cerita…..pantang tgk tanah…laju jer…..
petang pi Pulau….ziarah member MIL yg kena strok…tak sempat nak merayap…sebab dah malam….esok nya pagi2 nak balik KL balik.

Raya ke5(semalam lah)
Balik KL!!!!!! selapas subuh jugaaaa……pukul 11 kitaorg dah smpi ..jalan clear..kalo tak smpi lagi awal…sebab berhenti kat R&R Tapah..pekena nasi lemak….yg ramainya umat manusia….
Nasib baik tak balik petang sebab….dgr cerita petang semalam PLUS dua2 hala jammed terukk….so Tuan Puan…Rancanglah perjalanan anda sebelum bertolak.

Habis Cerita Raya….

5 Responses to “Ceritera Raya”

  1. intanmaria Says:

    dear roha..
    kita 1st day raya tuh, singgah umah atok kat segamat..
    beraya ngan famili in law..

    tak sempat nak jumpa roha and famili.
    takpe, next time, kita jumpa lagi ye..

    yeah..raya, mmg memenatkan
    =D

  2. mamaaina Says:

    kak Intan,
    tu lah tak sempat nak jumpa…pi ikat mak n abah beraya,petang baru balik.

  3. Cik Puan Mimi Says:

    wah malam raya ronda bandar segamat?? kita pun sama.. siap beli tudung kat jakel lagi, pastu ingat nak pergi ke nagoya malam tu, tapi jalan sesak giler…

    btw segamat kat mana? kita kat kg jawa

    Selamat hari raya!!!

  4. NUR Says:

    ronda2 mlm raya..kitorang x de masa beb…asik maaaasaaaakkkk je kejenya!

    next raya kite jumpa2 k!umah kita kt convent segamat je, area masjid jamek…

  5. mamaaina Says:

    la..Nur…ingat nak pi rumah u…tapi busy sgt mak den tu..letih mengekor dia beraya…balik jer terus flat…..bukan flat beraya jer ….tp dok mengejar si nak dara tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: