Wow..!!!!

Masih menyusu badan

Paste from Harian Metro

JOSEPHINE kini berusia enam tahun, tetapi dia bersama adiknya Zac masih bergayut sekurang-kurangnya dua kali sehari di dada ibu mereka, Stella Onions.Dalam usia begitu, mereka masih gemar menyusu badan dan Stella, 45, juga mempunyai rancangan khas untuk mereka — terus membenarkannya sehingga Josephine dan Zac berusia lapan tahun.

Setiap pagi, keluarga di Ludlow, Shropshire ini mempunyai rutin dipersetujui bersama sebaik saja terjaga daripada tidur, Josephine dan Zac memanjat katil Stella untuk menyusu. Keadaan sama berlaku menjelang waktu anaknya tidur.Jika kanak-kanak lain mendengar cerita daripada ibu atau bapa mereka, Josephine dan Zac mendapat ketenangan di dada Stella.Stella mengaturkan buah dadanya masing-masing untuk Josephine dan Zac.

Pasangan Stella, Andy, tidak membantah walaupun sedikit.Malah, mereka menjadikan sesi menyusu itu sebagai waktu untuk bermesra sesama sendiri.Sesekali, apabila terasa mahu menyusu, Josephine atau Zac berterus-terang kepada Stella, misalnya dengan berkata: “Mak, nak susu.”

Masalah? Boleh dikatakan tiada.Menurut Stella, kehidupan keluarga dan seksualnya tidak terjejas dengan rutin Josephine dan Zac.Bersama Andy yang juga pereka permainan komputer, Stella gemar melakukan sesuatu aktiviti secara bersama.“Andy langsung tidak kisah, malah memberi sokongan,” katanya.

Setakat ini Josephine dan Zac diiktiraf antara kanak-kanak tertua masih menyusu badan di dunia.Bagi Stella, dia tahu terlalu banyak kebaikan daripada tindakannya memberi susu kepada anaknya.

Justeru, tiada masalah untuknya memberi susu kepada mereka, walaupun di tempat awam, ketika kebanyakan ibu hanya memberinya untuk tempoh enam bulan atau setahun pertama bayi.Stella juga berkempen menggalakkan ibu lain tidak teragak-agak memberi susu badan kepada anak selama mungkin.“Sebagai ibu, anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesihatan anak.“Walaupun menyusukan bayi mungkin tidak baik kepada wanita, ia terbukti sangat baik kepada semua bayi,” katanya.

Sikap Stella mungkin dipengaruhi traumanya dalam pengalaman berkeluarga.Ketika remaja, perasaannya terhadap kanak-kanak berbelah-bagi.Pada usia 20 tahun, dia berkahwin dengan lelaki berusia setahun lebih tua daripadanya tetapi pernah menjalani pembedahan pemandulan.Mereka bercerai pada 1997 dan apabila bersuamikan Andy tiga tahun kemudian, ia mengubah tanggapan Stella kepada kanak-kanak.Malah, sebelum berkahwin, Stella membuat perjanjian dengan Andy bahawa mereka mesti berusaha mendapatkan zuriat.Apabila hamil, Stella sangat teruja tetapi mengalami keguguran sebanyak dua kali.

“Kami sangat kecewa,” katanya.Pada hari ulang tahun kelahirannya ke-39, Stella berazam untuk tidak hamil lagi kerana tidak sanggup menghadapi kekecewaan. Namun, Stella tetap hamil.“Saya bingung tetapi mengambil langkah sangat berhati-hati bimbang keguguran berulang semula.“Apabila Josephine lahir, saya terlalu gembira dan seolah-olah tidak percaya akhirnya kami dikurniakan zuriat,” katanya.Walaupun menafikan bersikap terlalu melindungi anaknya, Stella tahu dia mesti memberikan sesuatu yang terbaik untuk Josephine.

Hasil pembacaannya di Internet, Stella tahu susu ibu adalah permulaan terbaik untuk mana-mana bayi.Dia bertekad memberi hanya susunya kepada Josephine sehingga berusia enam bulan.Tiba-tiba bapa Stella mati di Afrika Selatan.Bersama Andy dan Josephine, mereka menaiki pesawat selama 24 jam dan tidak menghadapi masalah memastikan Josephine tidak meragam.Formulanya, Stella sentiasa memberi susu badannya kepada Josephine dari semasa ke semasa.Menjelang Josephine berusia dua tahun, budak itu menaiki 32 penerbangan mengikut Stella yang sering berkejar ke sana sini atas urusan kerja.

“Segala-galanya mudah kerana tidak perlu membancuh susu atau tercari-cari bekas air,” katanya.Selain itu, kata Stella, pemberian susu badan juga terapi sangat baik untuk seseorang ibu.Selain mengawal berat badan, ia memberi ketenangan jiwa selepas seharian bertungkus-lumus bekerja atau mengelolakan keluarga.“Ia adalah perasaan yang indah. Ketika bayi menyusu, tubuh anda mengeluarkan sejenis hormon dikenali sebagai oxytocin yang membolehkan anda tenang,” katanya.Sejak itu, Stella mendapati tindakannya memberi susu badan kepada anaknya adalah langkah tepat bagi mempereratkan hubungan kekeluargaan.

Selepas Zac lahir, dia tidak berfikir panjang untuk meneruskan amalan itu.“Mereka berkongsi dan saya menetapkan payu dara kanan untuk Josephine dan kiri untuk Zac.“Saya mendidik mereka mengenal erti perkongsian dan tidak bersaing sesama adik-beradik.

“Hasilnya mereka tidak bersikap panas baran,” katanya.Jika marah atau kecewa, kedua-dua anak Stella menjadikan masa menyusu untuk menenangkan diri.Ketika seseorang ibu menyusukan anaknya, kata Stella, aerola payu dara menyerap liur bayi dan akibat tindak balas itu menghasilkan antibodi khusus yang kemudian masuk ke badan bayi ketika dia menyusu.Kini, Josephine tidak teragak-agak meminta ibunya memberikan payu daranya jika teringin menyusu.“Saya tidak mahu berhenti menyusu,” katanya.Bagi Zac, susu Stella adalah hidangan yang menyelerakan dan lazat. — Agensi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: