Pendidikan Khas

Reason aku ingin meluahkan isu ini adalah untuk mewakili luahan rasa my SIL,yang mempunyai seorang anak OKU.Her daughter mengalami satu penyakit lemah anggota badan dalam bahasa perubatan aku tak tahu lah…..masa lahir normal…tapi bila dia semakin membesar cara perkembangan dia gak berbeza….dan lambat berjalan…dan doc. mengesahkan dia ada masalah tulang pinggul….disebabkan itu dia lmbat berjalan dan susah nak bercakap….dia boleh bercakap tapi kurang jelas…n now she’s already 9 years old dan selama 2 tahun dia ditempatkan di kelas khas di sebuah sekolah….

Selama 2 tahun dia di tempat di situ…aku tengok tak der aper perubahan pun…yg aku tahu dari SIL aktiviti2 kanak2 nie melukis mewarna melukis mewarna….dan SIL aku sendiri terpaksa menghantar daughter dia tuition semata2 untuk belajar membaca…padahal anak dia nie….bukan nya sindrom down tapi di layan seolah2 kanak2 sindrom down yg lain(sebab majoriti dalam class dia kanak2 sindrom down)..bukan aku cuba memandang rendah kepada kanak2 sindrom down tapi yg aku faham di sini…cikgu2 kat situ seolah2 mengangap anak SIL aku nie…tak seperti kanak2 normal…seolah meanaktirikan hak anak tu untuk mendapatkan education yg lebih sempurna….
SIL terpaksa ber debate dgn pentadbir sekolah untuk memasukkan daughter tu kelas normal….tapi pihak sekolah seolah2 mencabar my SIL atas alasan anak dia tidak sesuai untuk dicampurkan dgn kanak2 normal yg lain…
Pendapat aku lah kan, sewajarnya anak SIL aku tu diberikan peluang mendapatkan pendidikan yg lebih baik daripada di tempatkan di kelas khas yg mempunyai aktiviti yg ntah apa2 kalo kelas khas sekalipun takkan guru yg mengajar tak der cara untuk mendidik atau mengajar hatta mengajar membaca sekalipun…..kepada kanak2 yg dianggap seperti cacat…even pelajar buta @ bisu sendiri boleh membca inikan pula anak SIL aku tu yg hanya lemah anggota badan dan sukar untuk bertutur…
Takkan selama 2 tahun dia di kelas khas tu tak der aper perubahan?
Tahun nie…SIL aku tu berjaya dgn perjuangan nya untuk menempatkan ank dia ke kelas normal….tu pun terpaksa naik turun jabatan ….so masuklah anak dia tu ke tahun 1 even skg nie….umur dia dah 9 tahun….tapi yg membuat SIL aku kecil hati adalah dgn pihak pentadbir sekolah yg seolah seperti mahu mencabarnya….terdapat juga segelintir ibu bapa yg memandang serong terutama bila anak SIL aku di tempatkan sekelas dgn anak2 depa…tu lah mentaliti org2 kita…..
Disebabkan itu….SIL letakkan maid dia di sekolah untuk mengawasi anak dia tu….lagi satu cerita yg aku dgr disebabkan prinsip terpaksa menempatkan anak SIL aku ke kelas normal….terdapat segelintir guru di situ seolah2 tidak sedar @ buat2 tidak sedar kewujudan anak SIL aku di dalam kelas @ sekolah.Yg kesiannya budak tu..lah..n skg she’s become more sensitive dan mudah menangis…n SIL aku tu bertambah tertekan dgn keadaan nie…dah lah her husband bukan org Malaysia….n selalu ulang Morrocco Malaysia…dan yg terpaksa handle SIL aku alone lah….

moral of the story…yes memang Education System kat Malaysia yg terbaik di dunia,dan terdapat maktab khas untuk mengeluarkan guru2 yg berkaliber terutama mendidik anak2 OKU…yes memang terdapat anak2 OKU yg memang telah berjaya dengan sistem pendidikan…skg..tapi bukan semua…..segelintir sahaja…tapi macam mana dgn yg segelintir lagi ingin meneruskan perjuangan mereka kalo masih lagi terdapat segelintir manusia….yg menjalankan tanggungjawab mereka seperti tidak IKHLAS.???

9 Responses to “Pendidikan Khas”

  1. anamiraa Says:

    bab2 kemudahan orang2 istimewa ni memang malaysia actually jauuhhhhhhhhhh ketinggalan. boleh kira dengan sebelah tangan berapa kemudahan yang OKU friendly. memang kesian. kalau jadi kat anak2 kita macamana kan?

    pastu government tak habis2 sibuk suruh OKUs berdikari. pala hotak punya gomen!

  2. mamaaina Says:

    not imagine..kalo terjadi kat anak sendiri Sis….berat mata kita memandang berat lagi bahu yg memikul…kan…:-(

  3. Fid Says:

    ya memang betul
    kemudahan utk OKU mmg tak yah bilang..kalau bilang buat naik bengang shj….

    bkn nak compare ngan negara luar tp mmg compare pun…hahhaaaa
    bayangkan kat railway station yg tak de lif..derang ada sediakan carrier yg sangkut kat tangga bila OKU nak turun/naik derang akan buka and assist ….
    kalau kat m’sia buat gitu….kiamat pun tak buat…sbb sebuk kat tempat lain..
    emo plak

  4. mamaaina Says:

    fid,
    duit banyak pengabih kat tempat lain…

  5. Tridinar Says:

    kita pun ada anak istimewa, 2 tahun. Risau gaks pasal hal sekolah-sekolah nieh. Tapi, skang tengah berusaha untuk menyediakan anak tersayang dengan kehidupan yang mencabar di masa depan. Semoga usaha kita diberkatiNya. InsyaAllah.

  6. anamiraa Says:

    tridinar,
    i think you should migrate oversea la untuk besarkan khadijah. kat sana memang ramai orang2 istimewa yang dilayan sama rata oleh government. seronok tengok depa pi turun naik public transport. pegi shopping, belajar kat universiti.
    memang confident habih! and high self-esteem. itu yang masih government kita tak dapat nak bentuk lagi. sebab kemudahan untuk OKU memang out! kalau kat bandar maybe ok. kalau kampung? sabor ajelah. so i memang tabik kalau tengok depa ni kat malaysia boleh success bagai. sebab tak senang tu.

    i suggest you pi australia. hihihihihii… at least sampai khadijah habis sekolah rendah. will be good for her self development.

    (ciss pepandai je aku suruh orang migrate!)

  7. Fid Says:

    saya tak pasti saya mimpi ke kat alam nyata…
    saya dengar ttg OKU nih..kat TV….
    maybe tv3 ke apa ntahlah ttg pertikaian oku tak dapat kerja sbb dia oku..(ala2 dengar2 gitu je sbb tgh kalut ngan anak)
    padahal kerja cuma guna hujung jari dan akal fikiran..(programmer)
    OKu tu cuma takleh jalan…guna kerusi roda…
    pd saya tak de masaqlah kalu dia nak kerja programmer kan….

    kat Univ saya dl ada 2 org OKU…mata tak nampak..but dia bleh jalan2 kat Univ tanpa bantuan…sbb ada kemudahan…
    number building etc ada tulis guna coding utk org tak nampak tu….ngan tongkat pun dia bleh tau….
    jalan dr block 1 ke 11 selamba je…..

    lg pun sayakan suka bercerita kihkihkih..ngan mamat tu
    saya selalu bg tau dia ‘petanda’…kalau ada bende gini2 u kat block 8…..kalu gini2 u kat tepi gym bla bla…
    heheheee

  8. mamaaina Says:

    Tridinar…
    saya salute awak coz bagi yg terbaik for ur kid..semoga awak lebih tabah menghadapi dugaanNya….keep it up…

    Sis Ana..
    cam gitu sekali…yer..sampai berhijrah ker obersi..nampaknya…lepas ni kena bagitau my SIL pinda jer balik Morroco..tapi Morroco ok ker?

    Fid,
    Nampaknya lambat lagilah Malaysia nak sampai tahap cam negara luar tu…Malaysia nie kan ibarat anak kera disusukan…anak sendiri…?wa lupalah…tolong sambung yer…

  9. tridinar Says:

    ana, kita ada terpikir gaks sebenarnya cenggitu. Tapi, tak terlaksana ler plak. Kat negara luar, banyak menda yang dorang buat untuk bebudak special nieh. Kat sini susah nak carik. pandangan orang pun satu hal jugak. Saya baru jek enroll khadijah kat mary anne speacial needs kat wangsa maju. Kelas seminggu sekali, 1.5 jam per sessi. Bayaran dia boleh tahan…. harap nyer berbaloi ler. Tapi, cikgu tuh pesan aaa… untuk pastikan program nieh berjaya, sekurang-kurangnnya 8 jam u kena ajar dia kat rumah, dengan environment yang bersesuaian. So, skang saya bercadang nak adakan bilik khas untuk ajar khadijah, ala-ala tadika gitu. SEmoga kami berjaya!!! insyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: